Wednesday, December 23, 2009

Tinggal Kenangan

Gambarnya semasa berumur sebulan (yg bertanda hitam atas kepala)
Gambar ia bersama pasangannya

Salam.

Tanggal 15/12/2009, seekor daripada 2 ekor angsa putih kepunyaan kami telah mati akibat daripada dilanggar oleh sebuah lori di jalan hadapan rumah kami. Kami hanya mengetahui ia dilanggar melalui khabaran dari jiran sebelah rumah. Angsa betina dewasa terbabit telah dipelihara sejak ia kecil di mana ia kami beli daripada Cikgu Masiran, Batu Gajah, Perak. Walaupun bagi sesetengah org, binatang kann, apa nak kisah... biasa ar kena langgar.... Tetapi, bagi kami, angsa2 kami tidak ubah seperti haiwan peliharaan, bukan dianggap sebagai haiwan ternakan... Mereka menghiburkan kami malah menjaga kebun2 kami daripada org yg mereka tidak kenali serta haiwan lain terutama biawak. Sebelum kematiannya, ia sempat meninggalkan 3 biji telur2nya.... Harapnya, dapat ar nanti pengganti kehilangan ia di kebun kami....huhuhu

Tuesday, December 8, 2009

Cerita Korban Hari Raya Haji 2009

Salam,

Untuk mengelakkan kesesakkan lalu lintas pada Hari Raya Haji 2009 yang lalu, saya membuat keputusan untuk pulang ke Kampung awal sehari iaitu pada hari Khamis. Sebelum pulang ke kampung, saya telah berniat dan bercadang untuk mengkorbankan seekor ayam belanda jantan dewasa untuk dibuat rendang pada hari raya berkenaan. Setelah tiba di kampung, tanpa sempat duduk kat kerusi lagi, ayah saya suruh tolong dia sembelih 3 ekor ayam kampung jantan muda...huhuhu.... nak buat macam mana, nampaknya, terpaksa ar lupakan niat nak makan rendang ayam belanda... Tapi kan, mak saya wat kari ayam kampung tersebut memangg urmmm.... sebelum tu, nak bersihkan ayam2 tu, punya ar mengambil masa yg lama sebab buluan mereka yang tebal.... dan terpaksa cabut bulu berhati2 sebab ayam muda kalo cabut bulunya mudah tercabut dengan kulit2nya sekali....hehehe.... Pas tu, pada malamnya, baru arr kami sekeluarga bergotong royong masak kari ayam dan masak rendang daging campur paru lembu.... Puas juga makan waktu raya haji....terutama kari ayam kampung tu...

Korban lembu raya sebanyak 6 ekor di Kampung Parit Perawas, Sg Rambai telah dilaksanakan pada sehari selepas hari raya haji... Baka lembu, yang saya tengok terdiri daripada 4 ekor baka Brahman dan 2 ekor baka Kedah-Kelantan telah berjaya kami bergotong royong sekampung di rumah imam Masjid Parit Gantong. Setelah selesai kami lapah, daging dan tulang2 di agih2kan kepada orang kampung dan kepada mereka yang telah membantu. Oleh kerana keluarga kami iaitu saya, ayah, dan dua org abang ipar saya pergi gotong royong tersebut, Alhamdulillah, banyak pula rezeki yang dibawa balik termasuk ar, ekor dan perut...Malam pula, apa lagi, merasa arr kami makan sup 'gear box' dan ekor... Esok pagi, berkipas masing2 kepanasan.....hehehe..

Ini pula cerita G.Fowl (ayam api2/mutiara) saya.... Sempena Hari Raya Korban ni, salah seekor anak ayam api2 yg berusia lebih kurang 2/3 bulan ter'sangkut' besi dan jaring orkid kat dalam mulut dia terpasa kami korbankan.... Ingatkan boleh ar selamatkan dia, akhirnya..... ia selamat dikorbankan lebih awal... So, saya bersihkan dan bawa pulang ke Kolumpo. ... Mak ayah saya dah merasa ayam2 tu... Hurmm.... merasa lagi ar kami daging ayam api2 tersebut, cuma.... daging muda yang lebih lembut....hehehe.

Thursday, December 3, 2009

Ayam Kampung Aussie



Salam...

Gambar2 di atas merupakan baka terbaru yang telah dibeli daripada penjual di Pekan Merlimau, Melaka sewaktu mereka umur 2-5hari.... Masa tu saya beli mereka dengan harga RM5 seekor... walaupun agak mahal, saya agak teruja untuk melihat mereka membesar seperti ayam dewasa yang dipamerkan... Kata beliau, ayam tersebut merupakan "ayam Kampung" Australia, bukan ayam gajah mahupun bukan ayam kacukkan... Nenek moyangnya daripada Australia ar kot.... Sejauh mana kebenarannya, saya pun tidak pasti....Katanya lagi, pengeluaran telur ayam betina agak banyak drpada ayam kampung yang biasa kita ternak tetapi, katanya lagi, ayam ni jarang mengeramkan telur2 mereka.....

Setelah hampir lebih kurang 5 bulan, anak2 ayam tersebut mulai membesar seperti dalam gambar di atas. Tekaan saudara tersebut mengenai jantina anak ayam tersebut tepat sekali, memang bila dah besar, ayam tersebut membesar sebagai seekor ayam jantan dan seekor lagi
betina yang bersaiz besar.... Pejantan tersebut walaupun bersaiz besar, tetapi, gagah mengejar ayam-ayam betina di rebannnya.... Termasuk itik2 betina pun dia belasah sekali, hehehe....

Wednesday, December 2, 2009

Lawatan ke ladang ternakan di Kelantan

Baru-baru ini, saya berpeluang menjalankan kerja penyelidikan di ladang ternakan lembu di Kelantan. Ladang yang telah disyorkan oleh Jabatan Veterinar negeri Kelantan adalah berada di Jajahan Pasir Puteh, Kelantan iaitu di Ladang Kumpulan Mahaderas, Kampung Jelor Hilir. Terlebih dahulu saya mengucapkan ribuan malahan jutaan terima kasih kepada CEO nya iaitu En Zamzuree Zakaria di atas kerjasama yang baik serta membenarkan kami menjalankan penyelidikan yang tidak seberapa di ladang berkenaan. Serta diucapkan ribuan terima kasih juga kepada staff2 mereka termasuk pengurus ladang En Mizi...



Ladang tersebut memang agak menarik untuk dikunjungi kerana terdapat pelbagai jenis penternakan dijalankan termasuklah ternakan lembu pedaging (fidlot), itik penelur, kambing pedaging dan ikan keli. Selain itu, mereka juga menghasilkan baja organik daripada najis kambing dan lembu dan yang menarik juga adalah mereka ada menganjurkan pertandingan memancing ikan di kolam mereka yang mempunyai pelbagai spesis ikan air tawar termasuklah ikan keli, ikan tongsan (kap kepala besar), patin, pacu dsbnya.. Lihat sahajalah gambar-gambar aktiviti dan persekitaran di ladang terbabit yg berjaya saya rakamkan untuk tatapan rakan2 sekalian….



Pengurus ladang (En Mizi) bersama lembu baka Charlois









Gambar2 bawah: Kolam pancing yang terdapat di ladang terbabit (16 kaki dalam ni!!)




Sunday, November 22, 2009

Salam Aidil Adha



SELAMAT MENYAMBUT "HARI RAYA AIDIL ADHA / HARI RAYA HAJI / HARI RAYA KORBAN" KEPADA PENGUNJUNG2 DAN RAKAN-RAKAN SEKALIAN......

JUGA SELAMAT BERCUTI DAN BERHATI-HATI KETIKA PULANG KE KAMPUNG...... KEPULANGAN ANDA KE KAMPUNG DINANTIKAN INSAN2 YANG ANDA SAYANGI.

Monday, November 2, 2009

Coretan Tasik Kenyir

Pemandangan Tasik Kenyir serta airnya yg kehijauan

Keadaan Pulau yg akan dibangunkan sbg "Taman Tropika"

Antara buah nadir dijumpai hidup di Taman Tropika

Pokok Herba Berharga "Hempedu Beruang"

Pokok Herba Berharga " Kacip Fatimah"

'Antara' ikan2 yg berjaya dipancing...ada banyak lagi ni...hehehe

Salam, Saudara2 pengunjung sekalian...

Tasik Kenyir yang terletak berhampiran Pekan Kuala Berang, Terengganu Darul Iman merupakan tasik buatan manusia terbesar di Asia Tenggara yang merangkumi lebih daripada 340 buah pulau. Pulau2 tersebut terbentuk daripada puncak2 bukit yang ditenggelami air hasil pembinaan Penjana Kuasa Hidro-Elektrik Sultan Mahmud telah wujud sejak hampir 20 tahun dahulu. Dengan keluasan lebih dari 2,600 kilometer persegi, tasik buatan manusia ini, serta kawasan hutan simpan di sekelilingnya mempunyai keluasan yang lebih besar dari Singapura.


Sejak pertengahan tahun lalu (Ogos 2008), Tasik Kenyir sudah mulai dekat di hati aku.... Keindahan panorama hutan hujan tropika yang menghijau lagi sejuk mata memandang membuatkan sukar untuk aku melupakan detik2 pertama kali kakiku menjejak bumi tasik ini..Sebelum tiba di Jeti Pengkalan Gawi lagi, telah pun bermain2 di benak pikiranku keindahan alam semulajadi selain daripada memikirkan kerja-kerja yang telah diamanahkan...


Masih segar diigatanku pertama kali dipelawa untuk menyertai projek penyelidikan di Tasik Kenyir. Mulut ini terus menyatakan persetujuan walaupun sedar bulan Syawal hampir tiba.... Aku tidak kisah asalkan dapat turut serta sama.... Pabila tiba disana, hati terpegun melihat betapa luasnya tasik ini sambil tu ada juga perasaan risau tatkala melihat warna kehijauan air tasik ini yang menggambarkan kedalaman aras air di situ.


Kerajaan Negeri Terengganu melalui Lembaga Kemajuan Negeri Terengganu Tengah (Ketengah) telah memberi kepercayaan untuk kami membangunkan salah sebuah pulau di antara 10 buah pulau di Tasik berkenaan yang dalam perancangan menjadi pulau pelancongan 'Island Hoping' yang bertemakan pulau Buah2an Nadir (Kenyir Tropical Garden atau Taman Tropika Kenyir)... InsyaAllah, pulau berkenaan dijangka akan dibuka untuk pengunjung mulai akhir tahun 2010. Turut tidak ketinggalan sama pulau2 lain yg antaranya bertemakan Pulau Burung, Pulau Orkid, Pulau Rama2 dsbnya.


Disamping membangunkan pulau berkenaan, keindahan semulajadi dipastikan terus dijaga dan dipelihara agar generasi2 akan dtg dapat menikmati buah2an segar dibawah rimbunan kehijauan pokok2 hutan. Perancangan yang teliti melibatkan para penyelidik yang berkebolehan pasti akan menjadikan Taman Tropika Kenyir Syurga bagi peminat2 buah2an Nadir dan Tropika dari dalam malahan dari seluruh dunia pada masa2 akan datang.

Tuesday, October 20, 2009

Persaingan ATAU Pencuri

Salam, saudara2 pengunjung E1familyfarm.

Baru2 ini kami telah dikejutkan dengan kehadiran bungkusan telur2 itik oleh seseorang Hamba Allah di tempat (kedai) yang sama dengan penghantaran jualan telur2 itik kami. Yang menghairankan kami, bungkusan serta susunan telur2 berkenaan adalah sangat menyerupai cara kami menyusun dan membungkus telur2 itik kami..... Cuma, telur2 berkenaan bersaiz kecil kerana disyaki orang tersebut baru mencuba2 menjual telur itik berkenaan (itik baru mula bertelur). Belum pernah lagi kami melihat cara bungkusan telur2 itik di tempat2 lain yang sama dengan cara kami kerana idea bungkusan tersebut memang direka oleh kami untuk kelihatan kemas dan menarik dipandang oleh pengguna.

Yang agak merisaukan kami adalah, sekiranya terdapat kerosakkan pada telur2 berkenaan, mereka akan tuntut ganti rugi dengan kami.... Selain itu, ia juga boleh mengelirukan pengguna/pembeli telur2 itik kami sebelum ini...

Hrmm.....kami nak anggap ia satu persaingan ke atau pencuri idea kami?..... Takkan kami pula yang kena tukar cara bungkusan lain plak....

Friday, October 2, 2009

Spanish Black Turkey Jr.

Gambar kedua induk Jantan (Spanish Black) dan Betina (Narragansett)

Gambar anak ayam belanda baka kacukkan di atas.



Salam, Saudara pengunjung sekalian. Pejantan ayam belanda baka Spanish Black yang telah dibeli daripada Pakitam di Klang Selangor pada awal tahun lalu telah berjaya mengeluarkan bakanya yang kedua hasil kacukkan dengan ayam belanda betina warna kelabu. Ini adalah kerana title pejantan Alpha telah berjaya diambilalih olehnya beberapa bulan yang lalu...Maka, hak mengawan ke atas betina2 di sini telah bertukar baka... Ini bagi mengelakkan pembiakkan dalaman (inbreeding) yang membawa masalah jika ia berlaku.


Anak ayam tersebut yang berwarna hitam pekat sehingga ke kaki dan sedikit kuning pada keliling mukanya agak menarik dan saiznya agak lebih besar dan berat jika dibandingkan dengan anak ayam belanda baka pejantan alpha sebelum ini yang sama umur dengannya...... Harapnya, keadaan hujan di sini tidak menjejaskan kesihatan anak ayam tersebut....

Saturday, September 12, 2009

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI


Bulan Syawal hampir menjelang tidak lama lagi.... Sudah tentu ramai di antara kita yang sedang sibuk tatkala hampirnya Hari Raya samada Sibuk membuat persiapan Aidilfitri mahupun mereka yang juga sibuk mencari Malam Seribu Bulan iaitu Malam LailatulQadar didalam 10 hari terakhir bulan Ramadhan....

Benarlah kata orang bahawa bulan Ramadhan membawa seribu kerahmatan dan rezeki daripada Allah swt.... Tidak ketinggalan juga bagi E1familyfarm dimana permintaan terhadap produk utama kami iaitu Telur Masin Kak Ros tidak henti2 malahan tidak mencukupi....Alhamdullillah, kami mengucap syukur ke hadrat Illahi....

E1familyfarm dengan ini ingin mengambil kesempatan mengucapkan:

- SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI-
MAAF ZAHIR DAN BATIN


Kepada rakan2, saudara mara, keluarga yang dekat mahupun jauh, para pelanggan dan tidak ketinggalan para pengunjung blog E1familyfarm....

Tuesday, September 1, 2009

Ayam Mutiara/Api-api/Guinea Fowl


Salam, para pengunjung sekalian.

Hrmmm.... Rasanya dah lama tak update blog ni.... Maaf, agak busy dengan keluar stesen.... Alhamdullilah, minggu ni agak lapang sedikit walaupun ada beberapa mesyuarat dan kursus tak lama lagi...

Anyway, saya nak ceritakan sedikit hal terbaru di e1familyfarm... Kami menambah variasi ternakan kami dengan memelihara sepasang ayam mutiara dewasa atau lebih dikenali ayam api2 (Numida Meleagris) oleh sesetengah orang yang dibeli daripada rakan ternak kami di Seribumi Ternak di Branang. Oleh kerana kejutan cuaca di tempat kami agaknya, ayam mutiara betina tersebut kurang selera makan sehingga menyebabkan kematiannya..... Maka tinggallah seekor jee yang jantan dok memekak dari pagi sampai ke pagi esoknya..... Apa nak buat, ayam kematian bini....huhuhu...

Oleh kerana ketiadaan stok ayam mutiara betina dewasa di Branang, maka saya mengimport masuk dua ekor ayam mutiara betina dewasa dari Pontian, Johor kepunyaan rakan ternak yang merupakan juga ahli saham Seribumi Ternak.... Memang agak sukar untuk membezakan jantina ayam tersebut, ia memerlukan ketelitian dari segi helmetnya, subangnya, bentuk badannya dan yang paling penting ialah dari bunyi yang dikeluarkan.... Nak cerita kat sini, panjang sangat, kalo nak tahu lebih lanjut, sila ke laman : http://www.bicarajutawan.com/.... ada banyak perkara hal2 ternakan unggas yang dibincangkan kat situ....

Mula-mulanya, ayam yang dibawa dari Pontian, salah seekornya teruk dibelasah ayam jantan lama yang telah mendominasi tempat tersebut sehingga berdarah2....Maka dengan ini, dapatlah diketahui bahawa ayam tersebut adalah jantan, maka dengan jasa baik dari rakan ternak saya tersebut, ayam tersebut telah digantikan dengan yang ori betina...dan yang jantan tersebut telah disembelih dan dimakan oleh saya dan rakan ternak tersebut.Thanks, dapat juga aku merasa daging ayam api2 tersebut yg ternyata agak sedap juga.... Maklum ar, ayam mahal.....

Selang dalam 2 minggu, ayam tersebut telah menelurkan zuriatnya yang pada mulanya mak saya ingatkan telur ayam dara yang tak pandai telur dalam tarang.... Maka, telur2 tersebut telah dikutip setiap hari dan dimasukkan ke dalam inkubator kami.... Hasilnya, inkubator tersebut telah berjaya menetaskan sebanyak lebih kurang 15 ekor anak ayam api2 yang berumur di antara 1 hari hingga 1 bulan.... Cepat juga ye depa membesar....

Wat masa ni belum ada perancangan nak jual lagi, just nak cuba2 bela jer..... Sekarang, ayam api2 jantan tu keseekoran sebab dua2 betinanya tengah mengeram bukan telur2nya, tapi, telur2 itik nila..... Kesian.....

Sunday, August 2, 2009

Ayam-Ayam Jantan E1familyfarm (Koleksi Gambar)

Salam, Para Pengungjung sekalian. E1familyfarm menyaksikan kelahiran pelbagai ayam2 jantan yang berlainan genetik yang terhasil daripada beberapa kacukkan secara rawak (baru ar real ayam kampung). Berikut adalah gambar2 antara ayam2 jantan yang pernah wujud di sini. Menarik bukan....:

atas: Pejantan terawal di E1familyfarm (Badan besar, tp, kaki pendek)


atas: Ayam jantan ni ada kacukkan ayam hutan (ringan)

atas: Ayam jantan balung raja a.k.a balung tunggal (badan berat)

atas: Kacukkan ayam siam (badan tinggi & panjang)


atas: ayam jantan kacukkan siam + hutan (badan panjang dan ringan)

atas: Ayam ni juga ada kacukkan ayam siam
atas: ayam jantan muda berbulu merah dan jinak


atas : Anak ayam jantan ni merupakan ayam berbulu terbalik

Saturday, July 25, 2009

Ayam2 Kampung



Anak2 ayam kg berusia 3 hari - 1 minggu Anak2 ayam kg berusia 2 minggu - 1 bulan

Ayam2 kampung dewasa di e1familyfarm


Salam, para pengunjung2 Blog ini.

Setelah dibelek2 blog ni, rupa2nya terlupa pula saya nak ceritakan tentang ayam2 kampung yang ada dipelihara di e1familyfarm..... Ayam2 kampung (kg) merupakan ternakan paling awal yang dipelihara di sini dimana mengikut sejarahnya, kami mula mendapatkan dua pasang induk dan 4 ekor anak ayam kampung dari saudara kami di Merlimau, Melaka. Pejantannya merupakan ayam jantan botak kacukan ayam siam. Seriuuuss....memang besar saiznya, bulu berwarna hitam berkilat dan sangat agresif terhadap ayam lain yang cuba mendekati kawasan jajahannya. manakala betinanya pula merupakan ayam siam warna coklat tua.


Maka, setelah lama masa berlalu, maka lahirlah beberapa generasi ayam2 kampung di sini yang kebanyakkannya botak.hehehehe....Tapi, ntah kenapa bila kesemua betinanya mengeram, pejantan tersebut tinggal di reban jiran sebelah yang mempunyai ayam2 betina yang gebu2 lagi.....Maka, kami membuat keputusan untuk menghadiahkannya rantai merah di lehernya (sembelih). Kalo tanya tentang rasa dagingnya, boleh dikatakan sangat sedap dan pejal dagingnya....macam rasa ayam kampung ar...hehehehe


Setelah ketiadaan pejantan, maka ayam jantan siam berwarna putih dibawa masuk dari seorang saudara juga di Merlimau Melaka dan 3 ekor ayam kg betina bersaiz besar pula dibeli dari Pasar Pudu, KL untuk mendapatkan variasi genetik ayam kg yang pelbagai, besaiz besar dan kuat. Hinggalah sekarang pejantan tersebut telah tua maka digantikan pula dengan ayam jantan juga keturunan ayam siam berwarna merah. Kenapa saya pilih pejantan baka siam adalah kerana sifat agresifnya terhadap pejantan luar, kuat, cantik dan bergaya....hehehe.


Kalo ditanya tetang hasil yang telah terjual pula, ayam kampung pasarannya sangat laju terutamanya ketika musim perayaan kaum cina. mereka sanggup bayar walau berapapun harga diletakkan (Jgn Letak Harga Cekik Darah Plak....). Kami beruntung kerana kawasan kg kami berdekatan kawasan kilang di mana bangsa Myanmar dan Vietnam memang gemar makan ayam Kg ni..... Pantang ada je stok ayam kg, muka mereka mesti ada..... So, kalo rasa nak pelihara ayam kg, jgn dirisaukan tentang pasarannya, ramai golongan dan bangsa yang gemarkan rasa daging ayam kg tersebut.

Friday, July 10, 2009

Telur2 Itik Masin

"Telur2 Masin Kak Ros" di e1familyfarm
Telur2 itik yang dimasinkan mengikut masa2 yang ditetapkan
Salam, Pengunjung2 blog ni.

Ni, saya nak story sikit mengenai telur2 itik yang diproses menjadi telur2 masin di e1familyfarm. Buat masa sekarang, kami ada memelihara lebih kurang 90 ekor itik2 telur baka Khaki Campbell yang sudah matang dan sepatutnya sedang bertelur…… tetapi, pengeluaran telur2 itik hanyalah dalam kuantiti di antara 75 – 80 biji setiap hari……kalo ar kami tahu itik2 mana yang tidak boleh bertelur tu…..dah lama dah kami buat rendang….hehehe….sedapppp….

Telur2 itik di kebun kami yang diberi nama “Telur Itik Kak Ros” (TIKR) setelah siap dibungkus tersebut merupakan nama yang diambil sempena nama mak saya yang setiap hari mengutip telur2 itik tu dan membersihkannya……letih tu nak mengelap telur2 sebanyak tu…….perlukan ketelitian agar telur tak rosak dan pecah…… Baru2 ni, permintaan ke atas TIKR meningkat menyebabkan kami perlu untuk menambahkan bilangan itik2 di kebun kami…..maka, sebanyak 60 ekor anak itik2 telur betina baka sama dibawa masuk menjadikan bilangan itik2 telur di kebun kami sebanyak 150 ekor betina……. Harap2 biarlah mencecah bilangan 150 biji pengeluaran telur2 itik setiap hari dan dapat memuaskan hati pelanggan2 kami…..ye ar….pelanggan2 kami juga ada pelbagai jenis…..ada yang suka telur2 lebih masin ar…..dan ada juga yang nak telur2 tu kurang masin….

Apa yang istimewanya TIKR ini ialah pada rasanya yang lebih berlemak dan yolka (kuning telur) nya lebih merah…… Sebab apa……ini adalah kerana itik2 telur di kebun kami dijaga pemakanannya mengikut panduan oleh Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI)…Ceeewahhh…. ayat promo tu......Kalo tak caya……..try ar beli buku bertajuk penternakan itik penelur keluaran MARDI….. Semua maklumat yang diperlukan dalam pengurusan itik telur ada diterangkan dalam tu........

Monday, June 29, 2009

Anak angsa (gosling)


(Anak angsa pertama ditetaskan oleh inkubator di e1familyfarm)
Salam, seekor anak angsa kelabu berjaya ditetaskan oleh inkubator yang dibeli dari Muar, Johor pada 27 Jun 2009 yang lalu. Ia merupakan anak angsa yang keempat ditetaskan dari sepasang induk yang dipelihara daripada kecil di sini. Tempoh penetasannya ialah genap 30 hari daripada tarikh ia dimasukkan ke dalam inkubator.
Sebelum ni, ibunya (pet) telah bertelur sebanyak 3 pusingan dan hanya 3 biji sahaja di pusingan ke 2 berjaya menetas. Pusingan pertama angsa betina bertelur dikatakan telur2nya tidak subur kerana tidak mempunyai benih jantan. Buat masa sekarang terdapat 3 biji lagi telur2nya yang lain mempunyai urat darah di antara 8 biji telur yang telah dikeluarkan. Harap2 yang lain segera ar menetas.......

Tuesday, June 16, 2009

Muscovy Duck / Itik Nila / Itik Serati













(Pejantan itik Nila-putih) (Betina Serati - tompok hitam putih)


Salam sejahtera para pengunjung e1familyfarm.



Itik Nila atau Muscovy (Cairina moschata) merupakan sejenis itik yang besar dan dipelihara oleh para penternak sebagai sumber daging. Itik serati atau dikenali oleh sesetengah penternak sebagai itik kampung juga merupakan tergolong dalam kumpulan itik muscovy yang mempunyai warna bertompok-tompok hitam dan putih walaupun saiznya agak kecil sedikit berbanding itik nila yang telah ditambahbaik bakanya. Kesemua itik ini mempunyai kuku yang panjang dan tajam dihujung jari kakinya dan mepunyai kaki yang leper untuk memudahkan ia berenang di air. Pejantannya (drake) mempunyai kepanjangan 86 cm engan mencapai berat di antara 4.6-6.8 kg (10-15 lb), manakala betinanya (hen) pula adalah lebih kecil dengan kepanjangan 64 cm dan berat 2.7-3.6 kg (6-8 lb).


Itik Nila juga mudah dikenali kerana mempunyai kulit yang berbintik berwarna merah disekeliling muka berdekatan paruhnya. pada kebiasaannya, itik nila mempunyai bulu yang berwarna putih di seluruh badannya manakala ada sesetengahnya mempunyai bulu bercampur hitam dan putih. Anak-anak yang ditetaskan pula mempunyai warna kekuningan dan kadang-kadang betompok hitam dan kuning.



Sejarah permulaan permulaan itik nila di e1famailyfarm apabila kami menerima 2 pasang anak itik nila yang baru menetas daripada saudara kami di Jasin, Melaka. Kebetulan pula anak2 tersebut berjantina 2 ekor jantan dan 2 ekor betina. Kemudiannya, kami menerima lagi 2 ekor betina itik serati bertompok hitam putih yang kehilangan pejantan di mana saiznya agak kecil sedikit daripada itik nila, daripada saudara kami dari Merlimau, Melaka. Setelah lebih kurang 4 bulan, mereka mula membiak dan anak2nya bertambah. Tidak dinafikan betina itik nila merupakan pengeram telur yang baik kerana dalam 15 biji telur, hanya sebiji sahaja tidak menetas. Telur-telur yang dihasilkan mempunyai kulit yang keras dan berwarna putih serta mempunyai saiz yang besar sedikit daripada telur ayam belanda. Hasil kacukkan itik Nila jantan berwarna putih dengan betina serati bertompok menghasilkan anak yang lebih besar dan bertompok dan sihat.


Kalo ada sesiapa yang berminat nak tahu lebih lanjut atau mendapatkan benih untuk dipelihara, bolehlah menghubungi saya di alamat emel: yuzalsubsi@yahoo.com.my atau datang sendiri di kebun kami di Kg Parit Perawas.















(Ibu Itik Serati bersama anak-anak) (Anak2 itik tersebut yang telah remaja)




(Hasil kacukkan Nila+serati -Jantan)



Sekapur Sireh

e1familyfarm.blogspot.com diwujudkan pada Mei 2009 adalah bertujuan untuk berkongsi maklumat dan pengalaman saya bersama keluarga khas di dalam pemeliharaan unggas (haiwan jenis burung) samada untuk pemakanan mahupun hobi. Saya berserta keluarga memelihara beberapa jenis unggas sejak tahun 2006 lagi. Saya harap cik/tuan/puan juga dapat berkongsi bersama-sama saya dalam pemeliharaan ternakan unggas ini... Selamat melayari blog saya.