Tuesday, June 16, 2009

Muscovy Duck / Itik Nila / Itik Serati













(Pejantan itik Nila-putih) (Betina Serati - tompok hitam putih)


Salam sejahtera para pengunjung e1familyfarm.



Itik Nila atau Muscovy (Cairina moschata) merupakan sejenis itik yang besar dan dipelihara oleh para penternak sebagai sumber daging. Itik serati atau dikenali oleh sesetengah penternak sebagai itik kampung juga merupakan tergolong dalam kumpulan itik muscovy yang mempunyai warna bertompok-tompok hitam dan putih walaupun saiznya agak kecil sedikit berbanding itik nila yang telah ditambahbaik bakanya. Kesemua itik ini mempunyai kuku yang panjang dan tajam dihujung jari kakinya dan mepunyai kaki yang leper untuk memudahkan ia berenang di air. Pejantannya (drake) mempunyai kepanjangan 86 cm engan mencapai berat di antara 4.6-6.8 kg (10-15 lb), manakala betinanya (hen) pula adalah lebih kecil dengan kepanjangan 64 cm dan berat 2.7-3.6 kg (6-8 lb).


Itik Nila juga mudah dikenali kerana mempunyai kulit yang berbintik berwarna merah disekeliling muka berdekatan paruhnya. pada kebiasaannya, itik nila mempunyai bulu yang berwarna putih di seluruh badannya manakala ada sesetengahnya mempunyai bulu bercampur hitam dan putih. Anak-anak yang ditetaskan pula mempunyai warna kekuningan dan kadang-kadang betompok hitam dan kuning.



Sejarah permulaan permulaan itik nila di e1famailyfarm apabila kami menerima 2 pasang anak itik nila yang baru menetas daripada saudara kami di Jasin, Melaka. Kebetulan pula anak2 tersebut berjantina 2 ekor jantan dan 2 ekor betina. Kemudiannya, kami menerima lagi 2 ekor betina itik serati bertompok hitam putih yang kehilangan pejantan di mana saiznya agak kecil sedikit daripada itik nila, daripada saudara kami dari Merlimau, Melaka. Setelah lebih kurang 4 bulan, mereka mula membiak dan anak2nya bertambah. Tidak dinafikan betina itik nila merupakan pengeram telur yang baik kerana dalam 15 biji telur, hanya sebiji sahaja tidak menetas. Telur-telur yang dihasilkan mempunyai kulit yang keras dan berwarna putih serta mempunyai saiz yang besar sedikit daripada telur ayam belanda. Hasil kacukkan itik Nila jantan berwarna putih dengan betina serati bertompok menghasilkan anak yang lebih besar dan bertompok dan sihat.


Kalo ada sesiapa yang berminat nak tahu lebih lanjut atau mendapatkan benih untuk dipelihara, bolehlah menghubungi saya di alamat emel: yuzalsubsi@yahoo.com.my atau datang sendiri di kebun kami di Kg Parit Perawas.















(Ibu Itik Serati bersama anak-anak) (Anak2 itik tersebut yang telah remaja)




(Hasil kacukkan Nila+serati -Jantan)



No comments:

Post a Comment

Sekapur Sireh

e1familyfarm.blogspot.com diwujudkan pada Mei 2009 adalah bertujuan untuk berkongsi maklumat dan pengalaman saya bersama keluarga khas di dalam pemeliharaan unggas (haiwan jenis burung) samada untuk pemakanan mahupun hobi. Saya berserta keluarga memelihara beberapa jenis unggas sejak tahun 2006 lagi. Saya harap cik/tuan/puan juga dapat berkongsi bersama-sama saya dalam pemeliharaan ternakan unggas ini... Selamat melayari blog saya.