Friday, June 5, 2009

Napier sebagai makanan tambahan


(sumber: penternak.blogspot.com ) (Common Napier di E1familyfarm)


Oleh kerana harga pellet di pasaran agak tidak menentu kebalakangan ini, suatu kaedah perlu dicari agar ternakan kita tak kelaparan dan dapat gizi yang seimbang ialah dengan memenerikan mereka makanan tambahan diselang pemberian pellet.


Napier (Pennisetum purpureum) atau juga dikenali sebagai 'rumput gajah', 'rumput sudan' atau 'rumput raja' menjadi pilihan para penternak berikutan kandungan protein yang tinggi di dalamnya. Rumput yang seakan-akan pohon tebu muda ini ditambahkbaik genetiknya oleh para penyelidik untuk mendapatkan hasil protein yang lebih tinggi seperti Rumput Napier Merah, Taiwan dan yang terbaru rumput napier India (IKN091)

E1familyfarm di Parit Perawas juga ada ditanam napier baka biasa di mana benihnya didapati daripada seorang rakan di Branang, Semenyih Selangor. Alhamdullilah, perkembangannya di sini sangat baik, tetapi, terpaksa ar pasang jaring kelilingnya sebab banyak sangat penggemarnya. Napier boleh dituai selepas 3 bulan disemai benihnya di mana semasa menuai, kita perlu meninggalkan pangkal pokok lebihkurang 1 kaki untuk perkembangan seterusnya.



Hasil analisis kimia yang dijalankan, didapati napier Taiwan mempunyai kandungan protein yang lebih tinggi (13-14%) drpd napier biasa manakala yang terbaru napier india dikatakan mengandungi 20.3% kandungan protein. Nampaknya pas ni, kena ar cari benih napier Taiwan dan India untuk di tanam di E1familyfarm..... Berikut merupakan teks yang dipetik daripada http://integratedfarm.blogspot.com/.



1. Napier India IKN091 dua kali ganda lebih baik berbanding Napier Taiwan. Ia disebabkan oleh peratus kandungan protein yang terdapat pada daun dan batang Napier India IKN091 adalah jauh lebih tinggi berbanding Napier Taiwan. Dimana Napier Taiwan peratus protein cuma 10-13% sahaja dan Napier India IKN091 peratus PROTEIN adalah 20.3%! Keputusan ini adalah daripada analisis Makmal MARDI, Serdang.

2. Perbezaan ketara yang kedua ialah dari segi Hasil per Ha/Tahun. Napier India IKN091 lebih baik 5 kali ganda berbanding Napier Taiwan IKN091, keputusan daripada analisis yang dikeluarkan oleh JPH, dan Napier Taiwan cuma menghasilkan 20tan/ha/thnNapier India IKN091 mengeluarkan hasil melebihi 100tan/ha/year.

3. Dari aspek penghasilan mata tunas baru, Napier Taiwan yang berumur sebulan, kadar pengeluaran mata tunas cuma 2 - 3 mata tunas sahaja, bagi Napier India IKN091 pengeluaran mata tunas sudah mencecah 4-6 mata tunas baru. Sewaktu berumur 45 hari hingga 2 bulan, pengeluaran mata tunas benih Napier India IKN091 minimum boleh mencecah 13 mata tunas baru hingga ke 30 mata tunas baru, sedangkan napier taiwan cuma 5 hingga ke 10 mata tunas baru.



Itu untuk pertumbuhan kali pertama, bagi pusingan yang kedua (iaitu selepas dipotong kali pertama) setiap mata tunas akan menganda kepada 2 kali ganda (iaitu sifat yang sama dengan Napier Taiwan). Cthnya, jika minimum 13 batang (yg dihasilkan pada pusingan pertama), ia akan menghasilkan 26 mata tunas baru pada pusingan yang kedua, bermakna hasil/ha/year juga akan meningkat berganda2 selepas pusingan yang seterusnya. Perkara ini akan mempengaruhi hasil/ ha/ year dan kos operasi keseluruhan projek ternakan. Hasil yang dikeluarkan oleh Napier Taiwan ialah 20tan/ha/year dan bagi Napier India IKN091 ialah melebihi 100tan/ha/year! - Analisis dari JPH dan Prof Zaki.
(Napier India berumur 2 minggu) - Sumber: Integratedfarm.blogspot.com



No comments:

Post a Comment

Sekapur Sireh

e1familyfarm.blogspot.com diwujudkan pada Mei 2009 adalah bertujuan untuk berkongsi maklumat dan pengalaman saya bersama keluarga khas di dalam pemeliharaan unggas (haiwan jenis burung) samada untuk pemakanan mahupun hobi. Saya berserta keluarga memelihara beberapa jenis unggas sejak tahun 2006 lagi. Saya harap cik/tuan/puan juga dapat berkongsi bersama-sama saya dalam pemeliharaan ternakan unggas ini... Selamat melayari blog saya.