Salam, rakan2 dan pengunjung e1familyfarm sekalian
Inkubator penetasan telur di e1familyfarm telah berjaya didapatkan daripada sebuah kedai pemeliharaan haiwan di Muar iaitu satu daerah di Johor yang berdekatan dengan Pekan Sg Rambai lebih 6-7 bulan yang lalu. Inkubator tersebut merupakan inkubator buatan tangan (home made) dan berfungsi secara manual. Terdapat 6 biji mentol berkuasa 5W, sebuah termometer dan sebuah thermostat untuk membolehkan inkubator tersebut berfungsi dengan baik. Satu komponen tambahan iaitu sebuah pam udara akuarium diletakkan dibelakang kotak inkubator di mana ia akan berfungsi sejurus selepas lampu2 di dalamnya terpadam (Air Forced) untuk memberikan pengudaraan (Oksigen) di dalam inkubator tersebut agar keadaan suhu dan kelembapan adalah seperti yang telah di cadangkan.
Inkubator tersebut setakat ini telah berjaya menetaskan puluhan anak2 ayam kg dan anak2 ayam belanda tanpa kecacatan berlaku. Ini dipengaruhi oleh kekerapan pemusingan/golekkan telur2 tersebut didalam inkubator. Adalah dicadangkan dalam masa sehari, telur2 digolekkan melebihi 3 kali samada kaedah 'mahjung' atau pusingan bertanda. Semakin kerap ia dipusingkan, risiko kecacatan anak ayam akan kurang. Untuk tempoh masa penetasan dan suhu yg sesuai, boleh dirujuk seperti jadual di bawah:
(Sumber: ayambelandautara.blogspot.com)
Terdapat beberapa kebaikan di dalam penggunaan inkubator berbanding kaedah semulajadi tersebut pada pandangan saya iaitu:
- Telur2 tersebut boleh ditetaskan secara serentak dengan memasukkan kesemua telur yang telah dikumpulkan.
- Telur2 tidak dipengaruhi oleh keadaan di luar samada sejuk atau panas yang keterlaluan yang boleh menyebabkan telur
- Induk2 ayam akan boleh terus bertelur tanpa mengeramkan telur2 yang mengambil masa yang lama untuk kembali bertelur
- Pemangsa2 pemakan telur seperti biawak dan monyet dapat dielakkan daripada berterusan makan telur free
Mungkin ada lagi kebaikkan yg tidak disebutkan di atas ataupun mungkin juga terdapat keburukan penggunaan inkubator penetasn telur tersebut jika dibandingkan dengan kaedah semulajadi.
penjual inkubator di selangor.. layari amran-inkubator atau layari mudah.my dan taip inkubator
ReplyDeleteAsslm'alaikum...
ReplyDeletesy mau tanya apakah pam udara terisi air atau udara hampa saja...?
call 0132991826 utk maklumat lanjut
ReplyDeleteassalamualaikum. saya nak tanye boleh ke kalau kita masukkan 2 jenis telur yang berlainan jenis dalam ikubator yang sama?
ReplyDelete