Ayam Belanda (Meleagris spp.) atau lebih dikenali sebagai ayam piru di negeri-negeri sebelah utara dan Turkeys dalam bahasa Inggeris merupakan sejenis unggas (poultry) yang masih belum meluas penternakannya di Malaysia. Penternakan ayam tersebut lebih tertumpu di sekitar negeri sebelah utara dimana dagingnya sangat terkenal sebagai satu hidangan istimewa di restoran2 nasi kandar.
Oleh kerana pemasaran ayam tersebut tertumpu di sekitar negeri di sebelah utara, maka tidak hairanlah harga pasarannya samada hidup mahupun yang sudah diproses agak tinggi di negeri-2 yang lain sehingga mencecah RM25-35/kg. Ayam-2 belanda yang dipelihara di Malaysia kebanyakan dipasarkan apabila beratnya sudah mencecah sekitar 5-6 kg dan berumur sekitar 5 bulan. Berat maksimum ayam belanda dikatakan boleh mencecah sehingga 20kg terutamanya dari jenis baka "Broad Breasted Bronze" dan jenis baka yang paling ringan ialah dari jenis " Royal Palm".
Di Kg Parit Perawas, penternakan ayam belanda juga telah bermula sekitar setahun yang lalu dimana bermula dengan menternak 2 ekor anak yang dibeli di Jln Pudu, KL. Oleh kerana kurang pengetahuan berkaitan ayam tersebut salah seekor daripadanya telah mati akibat serangan daripada penyakit puru. Maka, benih ayam belanda ditambah lagi 5 ekor dimana 2 remaja dewasa dan 3 ekor masih remaja kecil.
Dalam tempoh setahun tersebut, ayam-2 belanda telah menghasilkan telur-2 yang kemudiannya berjaya menetas dengan bantuan pengeraman ibu ayam2 kampung. Anak-2 yangberjaya ditetaskan dijual kepada terutamanya rakan2, jiran-2 dan kaum keluarga yang berminat. Tidak dinafikan rupa fizikal ayam belanda yang seakan-akan merak mengembangkan ekornya berjaya membuatkan hati seronok untuk pulang ke Kampung.
Mengenai pengalaman merasa dagingnya pula, tidak dinafikan bahawa dagingnya agak liat dan kenyal bernbanding ayam2 lain. Pada mulanya kami sekeluarga memanggang di atas bara api untuk dimakan, tetapi apa kan daya, gigi besi pun bleh tertanggal.hehehe... tetapi, setelah ditukar masakan kepada masak cili api, fuhhh.... memang sekejap sahaja boleh settle...
No comments:
Post a Comment