Wednesday, June 3, 2009

Cantiknya.... Itik Mandarin



(Sumber gambar: Beruangmadu.com)


Itik Madarin (Aix galericulata) merupakan sejenis itik yang bersaiz sederhana, dan berkait amat rapat dengan Itik Kayu Amerika Utara. Ia memiliki badan sepanjang 41-49 sm dan rentang sayap 65-75 sm. Spesies itik tersebut pada suatu masa dahulu tersebar luas di merata asia timur, Tetapi, oleh kerana pasaran eksport secara besar-besaran dan pemusnahan habitatnya menyebabkan populasinya di Timur Russia dan China menurun kepada 1000 pasang di setiap negara tersebut manakala negara Jepun masih mengekalkan bilangannya pada 5000 pasang.
Di habitat liarnya, itik tersebut membiak di kawasan-kawasan hutan tebal berdekatan tasik atau kolam yang cetek. Mereka mencari makan ketika berjalan-jalan didaratan dengan mencari tumbuhan dan biji-bijian hutan sebagai makanannya.
(Sumber: diterjemahkan daripada wikipedia)
Pada masa ini itik tersebut agak sukar didapati di Malaysia berikutan bilangan mereka yang kurang di seluruh dunia menyebabkan sesetengah negara menghadkan / melarang pengeksportan baka itik yang cantik tersebut. Jika dilihat pada gambar di atas, itik yang memiliki bulu-bulu yang cantik merupakan jantan dan betina tidak mempunyai warna yang menarik hanya sekadar warna bulu coklat.
Saya harap, pada suatu masa nanti, baka-baka tersebut dapat dibawa masuk ke Malaysia dan dibiakkan dengan baik sekali. Saya pasti, ramai penternak dan penggemar itik hiasan tidak sabar untuk memiliki sekurang-kurangnya sepasang itik Mandarin untuk melihat mereka bermain-main di atas kolam di hadapan rumah. Adakah anda menafikan kecantikan warna bulu-bulunya terutama yang jantan (drake)?

No comments:

Post a Comment

Sekapur Sireh

e1familyfarm.blogspot.com diwujudkan pada Mei 2009 adalah bertujuan untuk berkongsi maklumat dan pengalaman saya bersama keluarga khas di dalam pemeliharaan unggas (haiwan jenis burung) samada untuk pemakanan mahupun hobi. Saya berserta keluarga memelihara beberapa jenis unggas sejak tahun 2006 lagi. Saya harap cik/tuan/puan juga dapat berkongsi bersama-sama saya dalam pemeliharaan ternakan unggas ini... Selamat melayari blog saya.