Sunday, August 2, 2009

Ayam-Ayam Jantan E1familyfarm (Koleksi Gambar)

Salam, Para Pengungjung sekalian. E1familyfarm menyaksikan kelahiran pelbagai ayam2 jantan yang berlainan genetik yang terhasil daripada beberapa kacukkan secara rawak (baru ar real ayam kampung). Berikut adalah gambar2 antara ayam2 jantan yang pernah wujud di sini. Menarik bukan....:

atas: Pejantan terawal di E1familyfarm (Badan besar, tp, kaki pendek)


atas: Ayam jantan ni ada kacukkan ayam hutan (ringan)

atas: Ayam jantan balung raja a.k.a balung tunggal (badan berat)

atas: Kacukkan ayam siam (badan tinggi & panjang)


atas: ayam jantan kacukkan siam + hutan (badan panjang dan ringan)

atas: Ayam ni juga ada kacukkan ayam siam
atas: ayam jantan muda berbulu merah dan jinak


atas : Anak ayam jantan ni merupakan ayam berbulu terbalik

Saturday, July 25, 2009

Ayam2 Kampung



Anak2 ayam kg berusia 3 hari - 1 minggu Anak2 ayam kg berusia 2 minggu - 1 bulan

Ayam2 kampung dewasa di e1familyfarm


Salam, para pengunjung2 Blog ini.

Setelah dibelek2 blog ni, rupa2nya terlupa pula saya nak ceritakan tentang ayam2 kampung yang ada dipelihara di e1familyfarm..... Ayam2 kampung (kg) merupakan ternakan paling awal yang dipelihara di sini dimana mengikut sejarahnya, kami mula mendapatkan dua pasang induk dan 4 ekor anak ayam kampung dari saudara kami di Merlimau, Melaka. Pejantannya merupakan ayam jantan botak kacukan ayam siam. Seriuuuss....memang besar saiznya, bulu berwarna hitam berkilat dan sangat agresif terhadap ayam lain yang cuba mendekati kawasan jajahannya. manakala betinanya pula merupakan ayam siam warna coklat tua.


Maka, setelah lama masa berlalu, maka lahirlah beberapa generasi ayam2 kampung di sini yang kebanyakkannya botak.hehehehe....Tapi, ntah kenapa bila kesemua betinanya mengeram, pejantan tersebut tinggal di reban jiran sebelah yang mempunyai ayam2 betina yang gebu2 lagi.....Maka, kami membuat keputusan untuk menghadiahkannya rantai merah di lehernya (sembelih). Kalo tanya tentang rasa dagingnya, boleh dikatakan sangat sedap dan pejal dagingnya....macam rasa ayam kampung ar...hehehehe


Setelah ketiadaan pejantan, maka ayam jantan siam berwarna putih dibawa masuk dari seorang saudara juga di Merlimau Melaka dan 3 ekor ayam kg betina bersaiz besar pula dibeli dari Pasar Pudu, KL untuk mendapatkan variasi genetik ayam kg yang pelbagai, besaiz besar dan kuat. Hinggalah sekarang pejantan tersebut telah tua maka digantikan pula dengan ayam jantan juga keturunan ayam siam berwarna merah. Kenapa saya pilih pejantan baka siam adalah kerana sifat agresifnya terhadap pejantan luar, kuat, cantik dan bergaya....hehehe.


Kalo ditanya tetang hasil yang telah terjual pula, ayam kampung pasarannya sangat laju terutamanya ketika musim perayaan kaum cina. mereka sanggup bayar walau berapapun harga diletakkan (Jgn Letak Harga Cekik Darah Plak....). Kami beruntung kerana kawasan kg kami berdekatan kawasan kilang di mana bangsa Myanmar dan Vietnam memang gemar makan ayam Kg ni..... Pantang ada je stok ayam kg, muka mereka mesti ada..... So, kalo rasa nak pelihara ayam kg, jgn dirisaukan tentang pasarannya, ramai golongan dan bangsa yang gemarkan rasa daging ayam kg tersebut.

Friday, July 10, 2009

Telur2 Itik Masin

"Telur2 Masin Kak Ros" di e1familyfarm
Telur2 itik yang dimasinkan mengikut masa2 yang ditetapkan
Salam, Pengunjung2 blog ni.

Ni, saya nak story sikit mengenai telur2 itik yang diproses menjadi telur2 masin di e1familyfarm. Buat masa sekarang, kami ada memelihara lebih kurang 90 ekor itik2 telur baka Khaki Campbell yang sudah matang dan sepatutnya sedang bertelur…… tetapi, pengeluaran telur2 itik hanyalah dalam kuantiti di antara 75 – 80 biji setiap hari……kalo ar kami tahu itik2 mana yang tidak boleh bertelur tu…..dah lama dah kami buat rendang….hehehe….sedapppp….

Telur2 itik di kebun kami yang diberi nama “Telur Itik Kak Ros” (TIKR) setelah siap dibungkus tersebut merupakan nama yang diambil sempena nama mak saya yang setiap hari mengutip telur2 itik tu dan membersihkannya……letih tu nak mengelap telur2 sebanyak tu…….perlukan ketelitian agar telur tak rosak dan pecah…… Baru2 ni, permintaan ke atas TIKR meningkat menyebabkan kami perlu untuk menambahkan bilangan itik2 di kebun kami…..maka, sebanyak 60 ekor anak itik2 telur betina baka sama dibawa masuk menjadikan bilangan itik2 telur di kebun kami sebanyak 150 ekor betina……. Harap2 biarlah mencecah bilangan 150 biji pengeluaran telur2 itik setiap hari dan dapat memuaskan hati pelanggan2 kami…..ye ar….pelanggan2 kami juga ada pelbagai jenis…..ada yang suka telur2 lebih masin ar…..dan ada juga yang nak telur2 tu kurang masin….

Apa yang istimewanya TIKR ini ialah pada rasanya yang lebih berlemak dan yolka (kuning telur) nya lebih merah…… Sebab apa……ini adalah kerana itik2 telur di kebun kami dijaga pemakanannya mengikut panduan oleh Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI)…Ceeewahhh…. ayat promo tu......Kalo tak caya……..try ar beli buku bertajuk penternakan itik penelur keluaran MARDI….. Semua maklumat yang diperlukan dalam pengurusan itik telur ada diterangkan dalam tu........

Monday, June 29, 2009

Anak angsa (gosling)


(Anak angsa pertama ditetaskan oleh inkubator di e1familyfarm)
Salam, seekor anak angsa kelabu berjaya ditetaskan oleh inkubator yang dibeli dari Muar, Johor pada 27 Jun 2009 yang lalu. Ia merupakan anak angsa yang keempat ditetaskan dari sepasang induk yang dipelihara daripada kecil di sini. Tempoh penetasannya ialah genap 30 hari daripada tarikh ia dimasukkan ke dalam inkubator.
Sebelum ni, ibunya (pet) telah bertelur sebanyak 3 pusingan dan hanya 3 biji sahaja di pusingan ke 2 berjaya menetas. Pusingan pertama angsa betina bertelur dikatakan telur2nya tidak subur kerana tidak mempunyai benih jantan. Buat masa sekarang terdapat 3 biji lagi telur2nya yang lain mempunyai urat darah di antara 8 biji telur yang telah dikeluarkan. Harap2 yang lain segera ar menetas.......

Tuesday, June 16, 2009

Muscovy Duck / Itik Nila / Itik Serati













(Pejantan itik Nila-putih) (Betina Serati - tompok hitam putih)


Salam sejahtera para pengunjung e1familyfarm.



Itik Nila atau Muscovy (Cairina moschata) merupakan sejenis itik yang besar dan dipelihara oleh para penternak sebagai sumber daging. Itik serati atau dikenali oleh sesetengah penternak sebagai itik kampung juga merupakan tergolong dalam kumpulan itik muscovy yang mempunyai warna bertompok-tompok hitam dan putih walaupun saiznya agak kecil sedikit berbanding itik nila yang telah ditambahbaik bakanya. Kesemua itik ini mempunyai kuku yang panjang dan tajam dihujung jari kakinya dan mepunyai kaki yang leper untuk memudahkan ia berenang di air. Pejantannya (drake) mempunyai kepanjangan 86 cm engan mencapai berat di antara 4.6-6.8 kg (10-15 lb), manakala betinanya (hen) pula adalah lebih kecil dengan kepanjangan 64 cm dan berat 2.7-3.6 kg (6-8 lb).


Itik Nila juga mudah dikenali kerana mempunyai kulit yang berbintik berwarna merah disekeliling muka berdekatan paruhnya. pada kebiasaannya, itik nila mempunyai bulu yang berwarna putih di seluruh badannya manakala ada sesetengahnya mempunyai bulu bercampur hitam dan putih. Anak-anak yang ditetaskan pula mempunyai warna kekuningan dan kadang-kadang betompok hitam dan kuning.



Sejarah permulaan permulaan itik nila di e1famailyfarm apabila kami menerima 2 pasang anak itik nila yang baru menetas daripada saudara kami di Jasin, Melaka. Kebetulan pula anak2 tersebut berjantina 2 ekor jantan dan 2 ekor betina. Kemudiannya, kami menerima lagi 2 ekor betina itik serati bertompok hitam putih yang kehilangan pejantan di mana saiznya agak kecil sedikit daripada itik nila, daripada saudara kami dari Merlimau, Melaka. Setelah lebih kurang 4 bulan, mereka mula membiak dan anak2nya bertambah. Tidak dinafikan betina itik nila merupakan pengeram telur yang baik kerana dalam 15 biji telur, hanya sebiji sahaja tidak menetas. Telur-telur yang dihasilkan mempunyai kulit yang keras dan berwarna putih serta mempunyai saiz yang besar sedikit daripada telur ayam belanda. Hasil kacukkan itik Nila jantan berwarna putih dengan betina serati bertompok menghasilkan anak yang lebih besar dan bertompok dan sihat.


Kalo ada sesiapa yang berminat nak tahu lebih lanjut atau mendapatkan benih untuk dipelihara, bolehlah menghubungi saya di alamat emel: yuzalsubsi@yahoo.com.my atau datang sendiri di kebun kami di Kg Parit Perawas.















(Ibu Itik Serati bersama anak-anak) (Anak2 itik tersebut yang telah remaja)




(Hasil kacukkan Nila+serati -Jantan)



Sekapur Sireh

e1familyfarm.blogspot.com diwujudkan pada Mei 2009 adalah bertujuan untuk berkongsi maklumat dan pengalaman saya bersama keluarga khas di dalam pemeliharaan unggas (haiwan jenis burung) samada untuk pemakanan mahupun hobi. Saya berserta keluarga memelihara beberapa jenis unggas sejak tahun 2006 lagi. Saya harap cik/tuan/puan juga dapat berkongsi bersama-sama saya dalam pemeliharaan ternakan unggas ini... Selamat melayari blog saya.