Friday, September 3, 2010

Salam Ramadhan & Selamat Hari Raya


Salam, para pengunjung dan rakan2 sekalian,

Terlebih dahulu di bulan Ramadhan yang mulia ini, e1familyfarm memohon ampun dan maaf kerana telah lama tidak mengirimkan khabar berita di laman blog ini. Agak2 lebih beberapa bulan di laman ini tiada new post daripada saya. Sudah pasti banyak perkara yang telah mengalami perubahan di e1familyfarm ini.....

Okay, pada masa sekarang, tiada lagi perniagaan telur itik masin dijalankan lagi kerna ternakan telahpun dijual secara borong kepada seorang Hamba Allah di Melaka dengan sebab tertentu. Itik2 berkenaan dijual dengan keadaan yang baik dan sedang galak bertelur. Memang pada mulanya agak keberatan untuk kami menjual mereka, tapi apa kan daya, dah takdir mereka di tempat baru yang mungkin lebih baik daripada tempat kami ini. Nak diceritakan kat sini, masa proses penangkapan itik2 berkenaan untuk dipindahkan ke dalam bakul, seekor itik betina telah terlepas tanpa diketahui ke mana,. Hanya pada waktu malam setelah rakan2 nya dipindahkan baru ar dia balik, maka, terubat gak rindu kami kepada itik2 kami dahulu dengan adanya ia di sini bersama2 itik2 Muscovy kami. Itik2 Muscovy kami sedang galak menetaskan anak2nya dan masih ada stok lagi dalam 6-10 ekor (umur dalam 2 minggu) di dalam reban kami... Kepada sesiapa yg berminat, bleh emel saya (yuzalsubsi@yahoo.com.my) dan tinggalkan no phone anda...

Induk2 ayam api2 kami baru2 nih ada dalam 11 ekor, la nih tinggal dalam 8 ekor akibat dilanggar kereta serta ada yang dibuat sup untuk kami sekeluraga...hehehe... Memang saja simpan nak makan sendiri... Anak2 dah byk yang telah dijual.... Ada seoarang Hamba Allah beli anak borong dalam 10 ekor terus.... Anak2 tak ar byk... tak pasti plak nape, maybe bermusim kot...

Ayam kampung plak, baru2 nih di Kampung kami digemparkan dengan berita kecurian ayam2 kampung termasuk juga di tempat kami. Anak2 ayam yang berumur dalam 1-3 bulan dicuri daripada reban kami, yang dicuri plak anak2 ayam yang berbadan besar serta mudah ditangkap sahaja. kejadian terjadi ketika keluarga saya datang ke Kuala Lumpur.... Baru2 nih ada dengar khabarnya 2 remaja dalam umur 16 tahun ditangkap setelah dibuat intipan oleh polis dan orang2 kampung....Alhamdulillah, buat Jahat, pasti mendapat balasannya......

Angsa plak, daripada 6 ekor induk yang terdiri daripada 2 putih dan 4 kelabu, tinggallah 5 ekor sahaja di mana seekor putih telah dilanggar oleh lori di hadapan umah kami... Dah nasib dia kan, nak wat cam mana.....

Okay, itu aja, Dikesempatan ini saya nak ucapkan "SELAMAT MENJALANI IBADAH PUASA" DAN "SELAMAT MENYAMBUT KEDATANGAN HARI RAYA AIDILFITRI" kepada para pengunjung blog e1familyfarm.blogspot dan kepada rakan2 seperjuangan....Kalo balik ke kampung tu, berhati-hati dijalanraya, ingatlah orang2 yang tersayang....

2 comments:

  1. dah setahun tuan tanah tak update blog ni.. kemana agaknya..

    nak tahu gak kenapa tuan tanah stop bisnis telur itik tu? adakah sbb permintaan merosot? atau sebab2 lain.

    saya baru nak belajar, intai peluang utk produce telur itik secara skalar besar.

    kalu senang2 email lah sy citer serba sedikit. shariff.rahman@yahoo.com

    ReplyDelete
  2. Mohon maaf banyak kerana sudah lama tidak update blog ini. Bisnes telur itik masin tersebut dihentikan bukan kerana tidak mendapat permintaan, malahan makin banyak permintaan terutama daripada kedai2 di sekitar Kg saya. Namun, kerana perihal keluarga dan tidak dapat menampung permintaan tersebut, kami ambil keputusan menghentikan bisnes tersebut.

    Saya ucapkan Selamat Berjaya kepada Tuan atas bisnes yang akan diceburi tersebut.

    ReplyDelete

Sekapur Sireh

e1familyfarm.blogspot.com diwujudkan pada Mei 2009 adalah bertujuan untuk berkongsi maklumat dan pengalaman saya bersama keluarga khas di dalam pemeliharaan unggas (haiwan jenis burung) samada untuk pemakanan mahupun hobi. Saya berserta keluarga memelihara beberapa jenis unggas sejak tahun 2006 lagi. Saya harap cik/tuan/puan juga dapat berkongsi bersama-sama saya dalam pemeliharaan ternakan unggas ini... Selamat melayari blog saya.