Tuesday, December 8, 2009

Cerita Korban Hari Raya Haji 2009

Salam,

Untuk mengelakkan kesesakkan lalu lintas pada Hari Raya Haji 2009 yang lalu, saya membuat keputusan untuk pulang ke Kampung awal sehari iaitu pada hari Khamis. Sebelum pulang ke kampung, saya telah berniat dan bercadang untuk mengkorbankan seekor ayam belanda jantan dewasa untuk dibuat rendang pada hari raya berkenaan. Setelah tiba di kampung, tanpa sempat duduk kat kerusi lagi, ayah saya suruh tolong dia sembelih 3 ekor ayam kampung jantan muda...huhuhu.... nak buat macam mana, nampaknya, terpaksa ar lupakan niat nak makan rendang ayam belanda... Tapi kan, mak saya wat kari ayam kampung tersebut memangg urmmm.... sebelum tu, nak bersihkan ayam2 tu, punya ar mengambil masa yg lama sebab buluan mereka yang tebal.... dan terpaksa cabut bulu berhati2 sebab ayam muda kalo cabut bulunya mudah tercabut dengan kulit2nya sekali....hehehe.... Pas tu, pada malamnya, baru arr kami sekeluarga bergotong royong masak kari ayam dan masak rendang daging campur paru lembu.... Puas juga makan waktu raya haji....terutama kari ayam kampung tu...

Korban lembu raya sebanyak 6 ekor di Kampung Parit Perawas, Sg Rambai telah dilaksanakan pada sehari selepas hari raya haji... Baka lembu, yang saya tengok terdiri daripada 4 ekor baka Brahman dan 2 ekor baka Kedah-Kelantan telah berjaya kami bergotong royong sekampung di rumah imam Masjid Parit Gantong. Setelah selesai kami lapah, daging dan tulang2 di agih2kan kepada orang kampung dan kepada mereka yang telah membantu. Oleh kerana keluarga kami iaitu saya, ayah, dan dua org abang ipar saya pergi gotong royong tersebut, Alhamdulillah, banyak pula rezeki yang dibawa balik termasuk ar, ekor dan perut...Malam pula, apa lagi, merasa arr kami makan sup 'gear box' dan ekor... Esok pagi, berkipas masing2 kepanasan.....hehehe..

Ini pula cerita G.Fowl (ayam api2/mutiara) saya.... Sempena Hari Raya Korban ni, salah seekor anak ayam api2 yg berusia lebih kurang 2/3 bulan ter'sangkut' besi dan jaring orkid kat dalam mulut dia terpasa kami korbankan.... Ingatkan boleh ar selamatkan dia, akhirnya..... ia selamat dikorbankan lebih awal... So, saya bersihkan dan bawa pulang ke Kolumpo. ... Mak ayah saya dah merasa ayam2 tu... Hurmm.... merasa lagi ar kami daging ayam api2 tersebut, cuma.... daging muda yang lebih lembut....hehehe.

Thursday, December 3, 2009

Ayam Kampung Aussie



Salam...

Gambar2 di atas merupakan baka terbaru yang telah dibeli daripada penjual di Pekan Merlimau, Melaka sewaktu mereka umur 2-5hari.... Masa tu saya beli mereka dengan harga RM5 seekor... walaupun agak mahal, saya agak teruja untuk melihat mereka membesar seperti ayam dewasa yang dipamerkan... Kata beliau, ayam tersebut merupakan "ayam Kampung" Australia, bukan ayam gajah mahupun bukan ayam kacukkan... Nenek moyangnya daripada Australia ar kot.... Sejauh mana kebenarannya, saya pun tidak pasti....Katanya lagi, pengeluaran telur ayam betina agak banyak drpada ayam kampung yang biasa kita ternak tetapi, katanya lagi, ayam ni jarang mengeramkan telur2 mereka.....

Setelah hampir lebih kurang 5 bulan, anak2 ayam tersebut mulai membesar seperti dalam gambar di atas. Tekaan saudara tersebut mengenai jantina anak ayam tersebut tepat sekali, memang bila dah besar, ayam tersebut membesar sebagai seekor ayam jantan dan seekor lagi
betina yang bersaiz besar.... Pejantan tersebut walaupun bersaiz besar, tetapi, gagah mengejar ayam-ayam betina di rebannnya.... Termasuk itik2 betina pun dia belasah sekali, hehehe....

Wednesday, December 2, 2009

Lawatan ke ladang ternakan di Kelantan

Baru-baru ini, saya berpeluang menjalankan kerja penyelidikan di ladang ternakan lembu di Kelantan. Ladang yang telah disyorkan oleh Jabatan Veterinar negeri Kelantan adalah berada di Jajahan Pasir Puteh, Kelantan iaitu di Ladang Kumpulan Mahaderas, Kampung Jelor Hilir. Terlebih dahulu saya mengucapkan ribuan malahan jutaan terima kasih kepada CEO nya iaitu En Zamzuree Zakaria di atas kerjasama yang baik serta membenarkan kami menjalankan penyelidikan yang tidak seberapa di ladang berkenaan. Serta diucapkan ribuan terima kasih juga kepada staff2 mereka termasuk pengurus ladang En Mizi...



Ladang tersebut memang agak menarik untuk dikunjungi kerana terdapat pelbagai jenis penternakan dijalankan termasuklah ternakan lembu pedaging (fidlot), itik penelur, kambing pedaging dan ikan keli. Selain itu, mereka juga menghasilkan baja organik daripada najis kambing dan lembu dan yang menarik juga adalah mereka ada menganjurkan pertandingan memancing ikan di kolam mereka yang mempunyai pelbagai spesis ikan air tawar termasuklah ikan keli, ikan tongsan (kap kepala besar), patin, pacu dsbnya.. Lihat sahajalah gambar-gambar aktiviti dan persekitaran di ladang terbabit yg berjaya saya rakamkan untuk tatapan rakan2 sekalian….



Pengurus ladang (En Mizi) bersama lembu baka Charlois









Gambar2 bawah: Kolam pancing yang terdapat di ladang terbabit (16 kaki dalam ni!!)




Sunday, November 22, 2009

Salam Aidil Adha



SELAMAT MENYAMBUT "HARI RAYA AIDIL ADHA / HARI RAYA HAJI / HARI RAYA KORBAN" KEPADA PENGUNJUNG2 DAN RAKAN-RAKAN SEKALIAN......

JUGA SELAMAT BERCUTI DAN BERHATI-HATI KETIKA PULANG KE KAMPUNG...... KEPULANGAN ANDA KE KAMPUNG DINANTIKAN INSAN2 YANG ANDA SAYANGI.

Monday, November 2, 2009

Coretan Tasik Kenyir

Pemandangan Tasik Kenyir serta airnya yg kehijauan

Keadaan Pulau yg akan dibangunkan sbg "Taman Tropika"

Antara buah nadir dijumpai hidup di Taman Tropika

Pokok Herba Berharga "Hempedu Beruang"

Pokok Herba Berharga " Kacip Fatimah"

'Antara' ikan2 yg berjaya dipancing...ada banyak lagi ni...hehehe

Salam, Saudara2 pengunjung sekalian...

Tasik Kenyir yang terletak berhampiran Pekan Kuala Berang, Terengganu Darul Iman merupakan tasik buatan manusia terbesar di Asia Tenggara yang merangkumi lebih daripada 340 buah pulau. Pulau2 tersebut terbentuk daripada puncak2 bukit yang ditenggelami air hasil pembinaan Penjana Kuasa Hidro-Elektrik Sultan Mahmud telah wujud sejak hampir 20 tahun dahulu. Dengan keluasan lebih dari 2,600 kilometer persegi, tasik buatan manusia ini, serta kawasan hutan simpan di sekelilingnya mempunyai keluasan yang lebih besar dari Singapura.


Sejak pertengahan tahun lalu (Ogos 2008), Tasik Kenyir sudah mulai dekat di hati aku.... Keindahan panorama hutan hujan tropika yang menghijau lagi sejuk mata memandang membuatkan sukar untuk aku melupakan detik2 pertama kali kakiku menjejak bumi tasik ini..Sebelum tiba di Jeti Pengkalan Gawi lagi, telah pun bermain2 di benak pikiranku keindahan alam semulajadi selain daripada memikirkan kerja-kerja yang telah diamanahkan...


Masih segar diigatanku pertama kali dipelawa untuk menyertai projek penyelidikan di Tasik Kenyir. Mulut ini terus menyatakan persetujuan walaupun sedar bulan Syawal hampir tiba.... Aku tidak kisah asalkan dapat turut serta sama.... Pabila tiba disana, hati terpegun melihat betapa luasnya tasik ini sambil tu ada juga perasaan risau tatkala melihat warna kehijauan air tasik ini yang menggambarkan kedalaman aras air di situ.


Kerajaan Negeri Terengganu melalui Lembaga Kemajuan Negeri Terengganu Tengah (Ketengah) telah memberi kepercayaan untuk kami membangunkan salah sebuah pulau di antara 10 buah pulau di Tasik berkenaan yang dalam perancangan menjadi pulau pelancongan 'Island Hoping' yang bertemakan pulau Buah2an Nadir (Kenyir Tropical Garden atau Taman Tropika Kenyir)... InsyaAllah, pulau berkenaan dijangka akan dibuka untuk pengunjung mulai akhir tahun 2010. Turut tidak ketinggalan sama pulau2 lain yg antaranya bertemakan Pulau Burung, Pulau Orkid, Pulau Rama2 dsbnya.


Disamping membangunkan pulau berkenaan, keindahan semulajadi dipastikan terus dijaga dan dipelihara agar generasi2 akan dtg dapat menikmati buah2an segar dibawah rimbunan kehijauan pokok2 hutan. Perancangan yang teliti melibatkan para penyelidik yang berkebolehan pasti akan menjadikan Taman Tropika Kenyir Syurga bagi peminat2 buah2an Nadir dan Tropika dari dalam malahan dari seluruh dunia pada masa2 akan datang.

Sekapur Sireh

e1familyfarm.blogspot.com diwujudkan pada Mei 2009 adalah bertujuan untuk berkongsi maklumat dan pengalaman saya bersama keluarga khas di dalam pemeliharaan unggas (haiwan jenis burung) samada untuk pemakanan mahupun hobi. Saya berserta keluarga memelihara beberapa jenis unggas sejak tahun 2006 lagi. Saya harap cik/tuan/puan juga dapat berkongsi bersama-sama saya dalam pemeliharaan ternakan unggas ini... Selamat melayari blog saya.