Angsa atau nama saintifiknya Anser cygnoides mula dipelihara di kampung saya di Parit Perawas lebih setahun yang lalu setelah dibawa daripada seorang rakan berketurunan india di Sg. Besi, Kuala Lumpur. Pada mulanya, saya membeli 3 ekor anak-anak angsa yang berumur 1 minggu pada harga RM50/ekor tetapi malangnya 2 ekor daripadanya yang dipercayai betina mati tanpa mengetahui sebab musababnya.
Atas rasa kasihan dan simpati seekor lagi angsa berjantina betina yang berumur lebih kurang 1bulan telah dibeli ditempat yang sama juga
setelah mengetahui jantina angsa di kampung saya tersebut berjantina jantan. Alangkah seronoknya apabila mereka dipertemukan setelah yang jantan tersebut kerap kebisingan dan mengekori ke mana sahaja mak saya akibat kesunyian.
Memelihara angsa dikatakan mempunyai potensi yang baik dimana anak angsa yang baru menetas dalam seminggu boleh dijual pada harga RM 60-80 seekor bagi jenis Angsa Cina Kelabu manakala Angsa Cina Putih boleh dijual pada harga RM 90 - 100 seekor di kedai-kedai menjual haiwan-haiwan peliharaan. Angsa betina boleh menghasilkan telur sekitar 7-8biji sekali bertelur iaitu pada kebiasaanya akan bertelur pada musim hujan. Pada kali pertama pusingan angsa bertelur, telur2 tersebut dikatakan tidak subur dan mempunyai saiz yang lebih kecil sebesar telur itik nila. Jika ditetaskan juga, telur2 tersebut tidak akan menetas kerana tidak mempunyai benih.
Angsa betina saya yang diberikan nama "pet" sudah masuk pusingan bertelur yang ke empat pada bulan ini (Mei 2009) bersama pasangan jantannya yang diberikan nama "Ang". Sebanyak 3 ekor anak telah berjaya ditetaskan dan hanya 1 ekor sahaja yang berjaya hidup hingga sekarang dan diberikan nama "Cici". Diharapkan telur2 di pusingan kali ini akan menjadi dan berjaya hidup.
Angsa-angsa dipelihara di Malaysia kebanyakan adalah bertujuan untuk mendapatkan dagingnya, menjaga halaman kebun juga sebagai pengawal rumpai di kebun-kebun. Angsa jenis Embden menjadi pilihan kebanyakan penternak untuk mendapatkan dagingnya kerana ia mempunyai berat badan yang lebih berat berbanding angsa jenis cina dan angsa afrika. Angsa mempunyai ingatan yang baik kerana mampu mengenali tuannya berbanding unggas lain, oleh itu, "Berhati-hati kalo ke rumah orang yang ada memelihara Angsa!!" kalo depa tak kenal, muncung mereka akan ke depan dan menggigit jari kaki anda...
saya baru beli sepasang angsa umur 2 bulan kat seorang makcik..
ReplyDeletehttp://shawnagrofarm.wordpress.com
salam saya membeli sepasang anak angsa,ini email saya azlie1977@gmail.com dan call saya 0138214849/0168747576
ReplyDeleteangsa putih saya bertelur kali kedua dan telah menetas 3 ekor anak.Tapi sayang dua ekor anaknya telah mati dan kini tinggal seekor yang telah saya kurung.Nak minta nasihat dari yang berpengalaman bagaimana cara terbaik bagi mempastikan anak anak angsa ini dapat bertahan.
ReplyDeleteSeperti anak unggas lain, suhu memainkan faktor penting terutamanya waktu malam.
DeletePastikan suhu antara 34°→35°C di waktu malam.
Saya richard dari negeri Sabah. Bagaimana saya boleh mendapatkan bekalan anak angsa ini? Saya berminat untuk memelihara angsa sebagai hobi yang baru di masa lapang di samping memelihara ayam kampung ori. Kepada sesiapa yang mempunyai info sila hubungi saya melalui email ini richard.ahun@gmail.com
ReplyDeleteTerima Kasih.
ada ke u jual jenis-jenis angsa ternak yang berbeza seperti di negara barat seperti negara lain
ReplyDeleteSalam.saya berminat membeli telur angsa putih utk ditetaskan guna incubator.sesiapa berminat nak jual sila call 0143344455
ReplyDeleteAssalammualaikum angsa saya tlh bertelur sebyk 2 kali tapi syg semua telur x menetas, jd saya buat keputusan utk menjual telur-telur angsa saya. Sesiapa berminat blh hubungi saya di 019-2775130
ReplyDeletesekadar berkongsi,,
ReplyDeleteuntuk menetaskan telor angsa..suhunya adalah 37-39 Celcius. slps ank angsa menetas jgn terus dikeluarkan dr mesin inkubator. tggu sehingga bulunya kering. anak angsa juga sgt sensitif dgn nyamuk n slalunya menyebabkan kematian.
angsa sepasang dewasa rm250 area jb.urgent sale..0167274242
ReplyDeletehttp://reseller.antzcommerce.com/register.aspx?id=czerswiezer
ReplyDeletekalau ada sepasang angsa cina..saya mau beli email saya
ReplyDeleteSy nk beli sepasang anak angsa umur 3/4 bulan
ReplyDeleteBerapa harga telur angsa berbenih n tak berbenih
ReplyDelete