Friday, May 29, 2009

Penternakan Itik Penelur


Itik penelur merupakan ternakan utama yang dipelihara di kampung saya di Parit Perawas, Sg. Rambai, Melaka. Penternakan telah dimulakan lebih setahun yang lalu atas idea yang datang daripada kakak saya setelah melihat potensi penternakan itik tersebut yang telah dijalankan oleh pakcik saya di Jasin, Melaka.
Sebelum memulakan penternakan tersebut, beberapa persediaan perlu di ambil kira dengan mendapatkan seberapa banyak maklumat samada daripada sumber internet mahupun buku-buku. Terdapat dua buah buku yang menjadi panduan utama dalam membantu kami sekeluarga dalam menguruskan penternakan tersebut di antaranya ialah buku keluaran daripada MARDI dan Synergy Sdn Bhd manakala daripada internet pula daripada Jabatan Veterinar negeri Perak; http://www.jphpk.gov.my/.
Sumber benih-benih itik Khaki Campbell telah dipilih dan didapati daripada pembekal di Tampin, Negeri Sembilan kerana lebih murah dan sudah diasingkan jantina mereka. Ramai yang tidak mengetahui bahawa dalam beberapa keluarga unggas, mereka boleh menghasilkan telur-telur tanpa persenyawaan daripada induk jantan. Oleh yang demikian, jika tujuan pemeliharaan untuk penghasilan telur semata-mata tanpa penetasan, induk jantan tidak diperlukan.
Untuk permulaan, kami sekeluarga mendapatkan lebih kurang 90 ekor induk betina dan hanya 5 ekor induk jantan. Menurut sumber maklumat yang ada, itik akan mula menghasilkan telur2 selepas 4 bulan dipelihara. Oleh yang demikian, modal yang mencukupi diperlukan dalam hal pemakanan mereka. Seperti yang disyorkan dalam buku2 tersebut, makanan harus diberikan mengikut peringkat2 seperti makanan "duck starter" untuk anak berumur 0-3 minggu, "duck grower" untuk itik berumur 4 - 16 minggu dan "duck layer" untuk itik berumur 16 minggu dan semasa mereka sedang bertelur.
Untuk hal pemasaran pula, telur-telur itik boleh dijual dalam dua jenis samada mentah mahupun telur yang telah dimasinkan. Jika dibuat perbandingan, telur-telur masin mempunyai harga yang lebih tinggi dan mendapat permintaan yang lebih baik daripada pengguna berbanding telur yang dipasarkan mentah.
Oleh kerana permintaan telur-telur itik masin/mentah yang semakin meningkat dari hari demi hari, benih itik-itik telur telah ditambah lagi sebanyak 60 ekor lagi. Buat masa sekarang, telur-telur tersebut hanya dipasarkan sekitar kawasan Sg Rambai/Muar sahaja dan masih belum dapat menampung permintaan di luar kawasan tersebut. Kajian ke atas penerimaan pengguna bagi telur yang dicop sebagai "Kak Ros Telur Masin" menunjukkan mereka gemarkan telur masin buatan kampung kerana telur kuning (yolka) nya lebih merah serta lemak dan rasanya kurang masin seterusnya boleh menurangkan risiko darah tinggi naik.

4 comments:

  1. Salam,

    Boleh berikan judul buku yang dirujuk?
    Tolong e-mail kepada fusherna@yahoo.com

    Terima kasih

    ReplyDelete
  2. Akum,
    boleh tahu x kat mna ada benih itik sya baca kat tampin,negeri sembilan kg apa ek sya baru nak belajar menternak itik
    terima kasih dpat memberi sokongan

    ReplyDelete
  3. slm..sy berminat membeli benih itik telur. boleh cll/sms sy di 011-12106757/0126636163 (suhaimy)

    ReplyDelete
  4. Benih itik telur tersebut didapati di Pekan Tampin (kedai bangsa Tiong Hua). Terima kasih

    ReplyDelete

Sekapur Sireh

e1familyfarm.blogspot.com diwujudkan pada Mei 2009 adalah bertujuan untuk berkongsi maklumat dan pengalaman saya bersama keluarga khas di dalam pemeliharaan unggas (haiwan jenis burung) samada untuk pemakanan mahupun hobi. Saya berserta keluarga memelihara beberapa jenis unggas sejak tahun 2006 lagi. Saya harap cik/tuan/puan juga dapat berkongsi bersama-sama saya dalam pemeliharaan ternakan unggas ini... Selamat melayari blog saya.