Monday, January 4, 2010

Harapan 2010

Salam.

Selamat Tinggal Tahun 2009 & Selamat Datang Tahun 2010

Banyak kenangan suka duka sepanjang tahun 2009 masih segar diingatan dan kini, rasa sekeeeeejappp jee dah menjelma pula tahun baru 2010. Masa terus berlalu, hari berganti hari, minggu berganti minggu dan tahun berganti tahun baru.... Semoga kehadiran tahun baru ini akan lebih baik daripada tahun-tahun sebelumnya.... InsyaAllah......


Di kesempatan ini, e1familyfarm ingin mengambil kesempatan mengucapkan selamat tahun baru kepada rakan-rakan ternak serta para pengunjung blog saya. Terlalu banyak perkara kalau hendak diperkatakan sepanjang tahun lalu iaitu 2009, antaranya yang paling saya bangga adalah dengan terwujudnya blog ini pada bulan Mei 2009. Maka, dapatlah diwujudkan rangkaian persahabatan dengan rakan2 yang mempunyai hobi yang sama serta dapat juga menimba ilmu dan berkongsi2 pendapat serta maklumat dalam kehidupan pemeliharaan unggas ini dan semoga dapat diteruskan untuk tahun2 yang akan datang.


Kahadiran tahun 2010 ini diharapkan akan membawa sinar baru kepada saya, keluarga, adik beradik, sedara mara dan rakan2 sekalian dalam menempuhi liku dan ranjau rona kehidupan di dunia ini. Setiap kali tahun baru datang, maka ramai lah yang memasang AZAM baru..... AZAM saya? Biarlah saya dan Allah yang Maha Esa sahaja yang mengetahuinya......

Sekapur Sireh

e1familyfarm.blogspot.com diwujudkan pada Mei 2009 adalah bertujuan untuk berkongsi maklumat dan pengalaman saya bersama keluarga khas di dalam pemeliharaan unggas (haiwan jenis burung) samada untuk pemakanan mahupun hobi. Saya berserta keluarga memelihara beberapa jenis unggas sejak tahun 2006 lagi. Saya harap cik/tuan/puan juga dapat berkongsi bersama-sama saya dalam pemeliharaan ternakan unggas ini... Selamat melayari blog saya.