Wednesday, December 23, 2009

Tinggal Kenangan

Gambarnya semasa berumur sebulan (yg bertanda hitam atas kepala)
Gambar ia bersama pasangannya

Salam.

Tanggal 15/12/2009, seekor daripada 2 ekor angsa putih kepunyaan kami telah mati akibat daripada dilanggar oleh sebuah lori di jalan hadapan rumah kami. Kami hanya mengetahui ia dilanggar melalui khabaran dari jiran sebelah rumah. Angsa betina dewasa terbabit telah dipelihara sejak ia kecil di mana ia kami beli daripada Cikgu Masiran, Batu Gajah, Perak. Walaupun bagi sesetengah org, binatang kann, apa nak kisah... biasa ar kena langgar.... Tetapi, bagi kami, angsa2 kami tidak ubah seperti haiwan peliharaan, bukan dianggap sebagai haiwan ternakan... Mereka menghiburkan kami malah menjaga kebun2 kami daripada org yg mereka tidak kenali serta haiwan lain terutama biawak. Sebelum kematiannya, ia sempat meninggalkan 3 biji telur2nya.... Harapnya, dapat ar nanti pengganti kehilangan ia di kebun kami....huhuhu

Tuesday, December 8, 2009

Cerita Korban Hari Raya Haji 2009

Salam,

Untuk mengelakkan kesesakkan lalu lintas pada Hari Raya Haji 2009 yang lalu, saya membuat keputusan untuk pulang ke Kampung awal sehari iaitu pada hari Khamis. Sebelum pulang ke kampung, saya telah berniat dan bercadang untuk mengkorbankan seekor ayam belanda jantan dewasa untuk dibuat rendang pada hari raya berkenaan. Setelah tiba di kampung, tanpa sempat duduk kat kerusi lagi, ayah saya suruh tolong dia sembelih 3 ekor ayam kampung jantan muda...huhuhu.... nak buat macam mana, nampaknya, terpaksa ar lupakan niat nak makan rendang ayam belanda... Tapi kan, mak saya wat kari ayam kampung tersebut memangg urmmm.... sebelum tu, nak bersihkan ayam2 tu, punya ar mengambil masa yg lama sebab buluan mereka yang tebal.... dan terpaksa cabut bulu berhati2 sebab ayam muda kalo cabut bulunya mudah tercabut dengan kulit2nya sekali....hehehe.... Pas tu, pada malamnya, baru arr kami sekeluarga bergotong royong masak kari ayam dan masak rendang daging campur paru lembu.... Puas juga makan waktu raya haji....terutama kari ayam kampung tu...

Korban lembu raya sebanyak 6 ekor di Kampung Parit Perawas, Sg Rambai telah dilaksanakan pada sehari selepas hari raya haji... Baka lembu, yang saya tengok terdiri daripada 4 ekor baka Brahman dan 2 ekor baka Kedah-Kelantan telah berjaya kami bergotong royong sekampung di rumah imam Masjid Parit Gantong. Setelah selesai kami lapah, daging dan tulang2 di agih2kan kepada orang kampung dan kepada mereka yang telah membantu. Oleh kerana keluarga kami iaitu saya, ayah, dan dua org abang ipar saya pergi gotong royong tersebut, Alhamdulillah, banyak pula rezeki yang dibawa balik termasuk ar, ekor dan perut...Malam pula, apa lagi, merasa arr kami makan sup 'gear box' dan ekor... Esok pagi, berkipas masing2 kepanasan.....hehehe..

Ini pula cerita G.Fowl (ayam api2/mutiara) saya.... Sempena Hari Raya Korban ni, salah seekor anak ayam api2 yg berusia lebih kurang 2/3 bulan ter'sangkut' besi dan jaring orkid kat dalam mulut dia terpasa kami korbankan.... Ingatkan boleh ar selamatkan dia, akhirnya..... ia selamat dikorbankan lebih awal... So, saya bersihkan dan bawa pulang ke Kolumpo. ... Mak ayah saya dah merasa ayam2 tu... Hurmm.... merasa lagi ar kami daging ayam api2 tersebut, cuma.... daging muda yang lebih lembut....hehehe.

Thursday, December 3, 2009

Ayam Kampung Aussie



Salam...

Gambar2 di atas merupakan baka terbaru yang telah dibeli daripada penjual di Pekan Merlimau, Melaka sewaktu mereka umur 2-5hari.... Masa tu saya beli mereka dengan harga RM5 seekor... walaupun agak mahal, saya agak teruja untuk melihat mereka membesar seperti ayam dewasa yang dipamerkan... Kata beliau, ayam tersebut merupakan "ayam Kampung" Australia, bukan ayam gajah mahupun bukan ayam kacukkan... Nenek moyangnya daripada Australia ar kot.... Sejauh mana kebenarannya, saya pun tidak pasti....Katanya lagi, pengeluaran telur ayam betina agak banyak drpada ayam kampung yang biasa kita ternak tetapi, katanya lagi, ayam ni jarang mengeramkan telur2 mereka.....

Setelah hampir lebih kurang 5 bulan, anak2 ayam tersebut mulai membesar seperti dalam gambar di atas. Tekaan saudara tersebut mengenai jantina anak ayam tersebut tepat sekali, memang bila dah besar, ayam tersebut membesar sebagai seekor ayam jantan dan seekor lagi
betina yang bersaiz besar.... Pejantan tersebut walaupun bersaiz besar, tetapi, gagah mengejar ayam-ayam betina di rebannnya.... Termasuk itik2 betina pun dia belasah sekali, hehehe....

Wednesday, December 2, 2009

Lawatan ke ladang ternakan di Kelantan

Baru-baru ini, saya berpeluang menjalankan kerja penyelidikan di ladang ternakan lembu di Kelantan. Ladang yang telah disyorkan oleh Jabatan Veterinar negeri Kelantan adalah berada di Jajahan Pasir Puteh, Kelantan iaitu di Ladang Kumpulan Mahaderas, Kampung Jelor Hilir. Terlebih dahulu saya mengucapkan ribuan malahan jutaan terima kasih kepada CEO nya iaitu En Zamzuree Zakaria di atas kerjasama yang baik serta membenarkan kami menjalankan penyelidikan yang tidak seberapa di ladang berkenaan. Serta diucapkan ribuan terima kasih juga kepada staff2 mereka termasuk pengurus ladang En Mizi...



Ladang tersebut memang agak menarik untuk dikunjungi kerana terdapat pelbagai jenis penternakan dijalankan termasuklah ternakan lembu pedaging (fidlot), itik penelur, kambing pedaging dan ikan keli. Selain itu, mereka juga menghasilkan baja organik daripada najis kambing dan lembu dan yang menarik juga adalah mereka ada menganjurkan pertandingan memancing ikan di kolam mereka yang mempunyai pelbagai spesis ikan air tawar termasuklah ikan keli, ikan tongsan (kap kepala besar), patin, pacu dsbnya.. Lihat sahajalah gambar-gambar aktiviti dan persekitaran di ladang terbabit yg berjaya saya rakamkan untuk tatapan rakan2 sekalian….



Pengurus ladang (En Mizi) bersama lembu baka Charlois









Gambar2 bawah: Kolam pancing yang terdapat di ladang terbabit (16 kaki dalam ni!!)




Sekapur Sireh

e1familyfarm.blogspot.com diwujudkan pada Mei 2009 adalah bertujuan untuk berkongsi maklumat dan pengalaman saya bersama keluarga khas di dalam pemeliharaan unggas (haiwan jenis burung) samada untuk pemakanan mahupun hobi. Saya berserta keluarga memelihara beberapa jenis unggas sejak tahun 2006 lagi. Saya harap cik/tuan/puan juga dapat berkongsi bersama-sama saya dalam pemeliharaan ternakan unggas ini... Selamat melayari blog saya.